MEMBANGUNKAN MASA DEPAN YANG LEBIH BERKESAN

MEMBANGUNKAN MASA DEPAN YANG LEBIH BERKESAN

Visi Wawasan 2035 bertujuan bagi Negara Brunei Darussalam mencapai pembangunan negara, kepelbagaian ekonomi dan penjanaan pekerjaan yang bermanfaat. Darussalam Assets Sdn Bhd (Darussalam Assets) telah ditubuhkan dengan objektif Kerajaan untuk mengukuhkan penglibatan sektor swasta melalui syarikat-syarikat berkaitan Kerajaan (GLC) dengan peningkatan sumbangan dari syarikat-syarikat GLC bagi merealisasikan visi masa hadapan. Dengan mandat bagi  memastikan kepimpinan dan pengurusan GLC berpandukan  prinsip komersial dan tadbir urus yang baik, Darussalam Assets bertanggungjawab untuk menggalakkan kecemerlangan prestasi GLC dengan melaksanakan amalan-amalan terbaik dan meningkatkan nilai produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh anak-anak syarikat dibawahnya bagi kepentingan negara.

Darussalam Assets telah ditubuhkan sebagai sebuah syarikat sendirian berhad untuk memiliki serta menjaga beberapa syarikat-syarikat GLC bagi pihak Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. Peranan Darussalam Assets adalah untuk mempertingkatkan GLC menjadi syarikat yang bertaraf dunia secara strategik, bertindak sebagai pemacu sektor swasta dan beroperasi sebagai ejen pengkorporatan bagi pihak Kerajaan. Pada masa ini, portfolio Darussalam Assets merangkumi sektor-sektor utama termasuk penerbangan, telekomunikasi, utiliti elektrik, logistik, agribisnis, makanan dan minuman, riadah dan pelancongan, perubatan, pendidikan, perhotelan dan harta tanah.

Dengan visi untuk merealasikan kecemerlangan dalam prestasi korporat, misi Darussalam Assets telah menjadi lebih substantif; iaitu membina asas yang mampan untuk memacu daya hidup ekonomi selaras dengan objektif pembangunan negara. Sejak akhir abad ke-20, syarikat-syarikat GLC merupakan ‘kenderaan’ yang biasa digunakan diseluruh rantauan Asia untuk mencapai pelbagai objektif dasar awam seperti pembangunan disektor swasta, mengembangkan industri tertentu dan menjana peluang ekonomi. Di Negara Brunei Darussalam, syarikat-syarikat GLC juga diperlukan untuk beroperasi secara mematuhi akta Perintah Persaingan 2015.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam mengendalikan mesin pemindahan padi di ladang padi komersial di Kawasan Kandol, Daerah Belait, yang diuruskan oleh PaddyCo Sdn Bhd; anak syarikat dibawah Darussalam Assets Sdn Bhd.

Tidak dapat dinafikan bahawa pandemik wabak COVID-19 telah menyebabkan gangguan kepada bekalan makanan dari luar negeri dan juga tempatan. Keperluan untuk mengamalkan penjarakan sosial di Negara Brunei Darussalam telah mencabar daya tahan para peniaga-peniaga tempatan. Walaubagaimanapun, Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, melalui Darussalam Assets dan anak-anak syarikat dibawahnya, telah memberi bantuan melalui pelbagai inisiatif bagi jaminan bekalan makanan negara sambil mempromosikan pembangunan perniagaan tempatan sepanjang penularan wabak tersebut.

Salah satu contoh yang menunjukkan bagaimana GLC memfasilitasi pembangunan industri adalah Royal Brunei Culinary (RBC); salah satu anak syarikat Darussalam Assets yang menyediakan perkhidmatan katering pesawat, perkhidmatan katering institusi dan pengendali beberapa restoran yang terkenal di negara ini. Pada tahun 1980-an, pihak Kerajaan dan RBC telah mengenalpasti keperluan untuk meningkatkan lagi sektor restoran tempatan.  Sejurus ini, RBC telah membuat pelaburan berjumlah berjuta-juta ringgit untuk mendapatkan francais antarabangsa, restoran santapan dan restoran makanan Cina yang halal dimana pada masa itu, oleh sebab jumlah pelaburan besar yang diperlukan, ianya sukar untuk dilaksanakan oleh sektor swasta. Pelaburan seperti ini telah seterusnya mewujudkan peluang pekerjaan secara langsung dan meningkatkan pelbagai jenis masakan yang dapat dinikmati oleh rakyat Brunei. Inisiatif tersebut telah memajukan lagi sektor restoran tempatan yang mana dapat dilihat dengan peningkatan jumlah restoran dan masakan antarabangsa yang kini sedia ada disektor swasta. Perkembangan industri restoran tempatan juga telah memanfaatkan negara untuk menjadi sebuah destinasi pelancongan permakanan bagi para pelancong and ini adalah selaras dengan perkembangan sektor pelancongan Negara Brunei Darussalam. Memandangkan jumlah restoran yang kini sudah berkembang dan dengan industri sektor makanan dan minuman yang tegap, melalui Central Kitchen RBC yang baru dilancarkan pada bulan Disember 2020, RBC kini sedang menyusun semula strategi syarikat untuk mengutamakan fokus untuk menyokong ahli-ahli sektor swasta dalam industri ini. Strategi yang dimaksudkan juga termasuk pembekalan bahan mentah yang diproses kepada sektor swasta dan penyediaan perkhidmatan Original Equipment Manufacturer (“OEM”)  kepada PKMS.

McDonald’s Brunei, sebuah restoran francais makanan segera antarabangsa di Negara Brunei Darussalam, telah menjanakan peluang pekerjaan kepada lebih daripada 240 anak-anak tempatan. McDonald’s Brunei dimiliki dan diuruskan oleh Makan Ceria Sdn Bhd, anak syarikat dibawah Darussalam Assets Sdn Bhd.

Bagi industri-industri yang masih memerlukan sokongan dan mempunyai potensi untuk berkembang, syarikat-syarikat GLC merupakan tangga peluang ekonomi bagi perusahaan-perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) tempatan. Pada bulan September 2020, Armada Properties Sdn Bhd (Armada), iaitu salah satu GLC hartanah dan pengurusan hartanah, telah melibatkan syarikat-syarikat PMKS untuk menyediakan perkhidmatan pembersihan dan perkhidmatan runcit bagi portfolio perumahan yang sedia ada. Syarikat Progresif Sdn Bhd, melalui Progresif Startup Lab, juga telah menyokong beberapa projek keusahawanan tempatan PMKS inovatif seperti Dart Brunei dan Mindtrex Academy. Disamping itu, syarikat-syarikat GLC boleh juga meningkatkan standard PKMS yang mana akan bersaing untuk memperolehi lagi peluang-peluang ekonomi. Penglibatan serupa bersama PKMS dapat dilihat dengan anak-anak syarikat Darussalam Assets yang lain.

The Junction; sebuah program ‘retail entrepreneurship’ yang memberikan peluang kepada penduduk tempatan untuk memiliki dan mengendali kedai serbaneka jenama Ghanim.

Ghanim International Corporation Sdn Bhd (Ghanim); sebuah syarikat GLC yang beroperasi dalam industri permakanan, merupakan contoh yang menunjukkan bagaimana GLC menyokong pencapaian matlamat dasar awam sambil menyokong perniagaan PKMS. Objektif utama Ghanim adalah membina dan memasarkan produk makanan buatan tempatan jenama ‘bruneihalalfoods’ untuk dieksport ke pasaran antarabangsa. Sejak ditubuhkan pada tahun 2009, Ghanim telah bekerjasama dengan PKMS untuk menghasilkan lebih dari 100 produk unik dibawah jenama ‘bruneihalalfoods’ yang mana telah diedarkan kepada lebih dari 300 kedai runcit tempatan dan antarabangsa termasuk di Republik Rakyat China dan Singapura. Pada bulan April 2021, Ghanim telahpun juga melancarkan ‘The Junction’ Retail Entrepreneurship Programme’. Dengan pembukaan tiga (3) buah kedai, program ini memberi peluang kepada penduduk tempatan untuk memiliki dan mengendali kedai serbaneka jenama Ghanim iaitu ‘The Junction’ melalui model francais dimana tujuan utamanya adalah untuk menyediakan peluang pekerjaan bagi penduduk tempatan di pasaran yang sedia ada. Melalui program ini, penduduk tempatan disektor runcit dapat bersaing dengan memanfaatkan kemampuan Ghanim untuk membeli jumlah yang besar dengan harga yang kompetitif. The Junction juga menyediakan platform bagi penjualan produk PKMS ke pasaran, dimana The Junction menekankan keperluan penyimpanan stok produk PKMS tempatan seperti jenama ‘bruneihalalfoods’ Ghanim, produk ‘One Village One Product’ yang dikendalikan dibawah Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan juga produk dibawah inisiatif Darussalam Enterprise yang bernama ‘Bruneian-Made’.

Peranan syarikat-syarikat GLC adalah bukan sahaja menerajui pembangunan sektor swasta. GLC juga bertanggungjawab untuk menjaga jaminan bekalan makanan negara, dan ini jelas dibuktikan sejak permulaan pandemik wabak COVID-19 di Brunei pada bulan Mac 2020. Dengan penutupan pasar-pasar tempatan disebabkan keperluan penjarakan sosial pada awal tahun 2020, Ghanim merupakan platform bagi petani tempatan dengan menjual hasil mereka melalui inisiatif ‘Buy Local Produce Campaign’. Kempen ini mengumpul, memproses dan menjual hasil pertanian tempatan semasa pasar-pasar tempatan ditutup. Ini telah mengurangkan pembuangan hasil pertanian tempatan, meneruskan pengeluaran hasil pertanian tempatan dan menjamin pendapatan petani tempatan. Ghanim, dengan kerjasama Darussalam Enterprise, akan meneruskan lagi inisiatif ini secara lebih besar dengan pembinaan Brunei Food Industry Development Multipurpose Manufacturing Facility (BFID). Dengan rancangan beroperasi pada akhir tahun 2021, BFID akan mematuhi piawaian antarabangsa dengan adanya barisan pengeluaran serta pelaburan untuk meningkatkan pemprosesan dan juga meningkat jangka hayat hasil pertanian tempatan. Juga, selaras dengan tujuan untuk mendorong perkembangan PKMS, sebahagian pengeluaran BFID akan dikhaskan bagi produk MSME. Inisiatif ini telahpun sudah dilancarkan di Central Kitchen RBC iaitu bagi produk dibawah inisiatif ‘One Village One Product’ Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri. Dengan ini, Central Kitchen RBC berkerjasama dengan BFID Ghanim untuk meningkatkan standard pengeluaran makanan di Negara Brunei Darussalam. Maka pengendalian fasiliti-fasiliti oleh GLC memainkan peranan yang penting dalam mencapai aspirasi menjamin bekalan makanan negara dengan menggantikan pengimportan produk makanan.

The Junction; a retail entrepreneurship programme providing locals with the employment opportunity to own and operate convenience stores under the Ghanim brand.

Pandemik wabak COVID-19 telah menjejaskan rantaian bekalan ditahap antarabangsa dan tempatan bagi daging lembu serta produk-produknya. Bagi mengurangkan kesan terhadap bekalan ini, Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah memberi sokongan kepada PDS Abattoir Sdn Bhd (PDS); iaitu sebuah syarikat GLC dalam industri agribisnis mengatasi kekurangan bekalan yang semakin terjejas melalui pengimportan lembu untuk disembelih dari Australia. Sejak mulanya pandemik wabak tersebut, bekalan tempatan bagi produk daging yang lain termasuk daging kambing telah juga berkurangan. Sejurus ini, PDS sekali lagi memberi bantuan untuk menjamin bekalan makanan melalui pembinaan kandang biri-biri dan mengimport anak biri-biri untuk disembelih dari Indonesia dan Australia. PDS juga sedang merancang untuk melancarkan program Feedlot dalam jangka masa yang terdekat. Program Feedlot ini akan memudahcara PDS meningkatkan jumlah bekalan daging halal yang berkualiti dengan harga yang kompetitif dan juga seterusnya menyokong Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bagi memastikan jaminan bekalan makanan negara semasa COVID-19 dan yang dialami sebagai ‘the new normal’.

Berakas Power Company Sdn Bhd (BPC); anak syarikat dibawah Darussalam Assets Sdn Bhd, mengumumkan pemberian kontrak i-Usahawan kepada sebuah syarikat tempatan; Al-Fayyadh Management Sdn Bhd, berikutan acara menandatangani kontrak di Terunjing, Berakas pada 8 Disember 2020. Kontrak tersebut akan memberikan pekerjaan kepada tujuh (7) anak-anak tempatan.

Darussalam Assets dan anak-anak syarikat dibawahnya akan terus memainkan peranan yang penting dalam memupukkan peluang ekonomi dan mencapaikan matlamat dasar awam bagi Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. Selain daripada memperjuangkan pembangunan ekonomi dan penjanaan peluang pekerjaan, syarikat-syarikat GLC juga menetapkan dan meningkatkan standard ahli ekonomi sektor swasta. Ini akan menyumbang secara signifikan kepada aspirasi dan matlamat Negara Brunei Darussalam untuk menjadi sebuah negara yang mempunyai ekonomi yang dinamik dan berdayatahan sepertimana dihasratkan bagi mencapai matlamat Wawasan 2035.

No Comments

Sorry, the comment form is closed at this time.