01 Jul Transformasi Yang Menjana Peluang Komersial: Print Plus Sdn Bhd Ingin Menjulang Sektor Percetakan ke Tahap Baru
1 July 2020
Sektor percetakan negara kini menandakan sebuah pencapaian yang baru dengan revitalisasi Jabatan Percetakan Kerajaan (“JPK”) yang telah dijadikan entiti korporat baru bernama Syarikat Print Plus Sdn Bhd (“Print Plus”). Mulai 1 Julai 2020, kesemua perkhidmatan percetakan yang sebelumnya di bawah kawalan Jabatan Percetakan Kerajajaan telah dipindahkan kepada Print Plus; iaitu sebuah anak syarikat yang dimiliki penuh oleh Syarikat Darussalam Assets Sdn Bhd (“Darussalam Assets”). Dengan adanya transformasi ini, Print Plus akan menjadi sebuah syarikat percetakan yang beroperasi penuh secara komersial dengan tujuan untuk menampung keperluan percetakan tempatan dan di rantauan ini. Inisiatif pengkorporatan yang dipacu oleh Jabatan Perdana Menteri ini, dengan kerjasama dengan Darussalam Assets, akan dapat meningkatkan sektor percetakan negara.
Dengan pengalaman industri yang lebih dari 35 tahun, Print Plus akan mewarisi dan akan dapat menyediakan perkhidmatan percetakan yang berkualiti tinggi bagi pasaran tempatan melalui portfolio seperti Pelita Brunei dan penerbitan Kerajaan yang lain-lain. Ini juga akan memperkenalkan banyak peluang-peluang baru yang akan dapat membangunkan dan memperluaskan hubungan dengan pelanggan seperti menawarkan perkhidmatan yang berlainan untuk memenuhi keperluan masyarakat dengan nilai yang boleh diharapkan, fleksibel dan tepat pada masa. Selain daripada pelbagai jenis produk yang ditawarkan, Print Plus akan dapat menyediakan perkhidmatan perundingan cetak untuk menampung penyelesaian pencetakan kreatif (creative printing solutions) kepada pelanggan-pelanggan, termasuk mutu warna tinta, kertas, pemilihan tinta, finishing, bindery dan kesan visual keseluruhan bagi produk percetakan. Pada masa yang terdekat, Print Plus akan menawarkan perkhidmatan reka bentuk khas seperti reka bentuk pembungkusan (packaging) dan reka bentuk jenama oleh pereka dalaman (in-house designers). Dengan ini, Print Plus boleh menyediakan perkhidmatan cetak secara end-to-end dan selajurnya meningkatkan pasaran tempatan ke tahap yang lebih baik.
Inisiatif pengkorporatan ini akan menjana peningkatan dalam pengeluaran ‘nilai dalam negara’ (in country value) bagi Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, peluang import substitution dan mendorong persaingan dengan vendor-vendor yang serantau. Dengan itu, Print Plus akan dapat menawarkan harga yang lebih berdaya saing dengan peluang untuk memasuki pasaran antarabangsa, dan selajurnya ianya akan memanfaatkan Negara Brunei Darussalam dengan adanya negara-negara jiran yang telah menyatakan keminatan bagi pencetakan terbitan khusus yang ditawarkan seperti buku Yassin sebab ada kepastian dalam keaslian kandungan agama Islam yang ditawarkan. Print Plus akan dapat meneruskan perkhidmatan ini dengan memanfaatkan penerbitan dan kredibiliti sebagai sumber yang terkenal yang telah diwariskan.
Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohd Amin Liew bin Abdullah, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II menyatakan harapannya bagi inisiatif ini: “Ini merupakan pencapaian yang utama dalam usaha pihak Kerajaan untuk mempelbagaikan ekonomi negara di sektor luar minyak dan gas dan pada masa yang sama, memberikan peluang pekerjaan kepada rakyat-rakyat Brunei. Print Plus akan mengukuhkan tadbir urus korporat yang kuat dan akan menerapkan dasar dan prosedur yang sejajar dengan amalan terbaik antarabangsa untuk meningkatkan kecekapan operasi Print Plus secara keseluruhan. Objektif utama bagi pertubuhan Print Plus adalah untuk memacu pertumbuhan industri, dan syarikat tersebut akan digalakkan untuk berkembang untuk menjadi lebih responsif terhadap peluang-peluang yang baru di pasaran, dan disamping itu, mendorong inovasi produk. Di masa yang depan, Print Plus berhasrat untuk memperluaskan penawaran produknya yang pada masa ini tidak tersedia di Brunei, dan memberikan lebih banyak pilihan kepada pelanggan tempatan dan serantau. Dengan keadaan Print Plus yang akan menjadi lebih berdaya saing, ianya akan berusaha untuk mengembangkan perniagaannya untuk memasuki pasaran antarabangsa. Dengan memanfaatkan peluang ini secara komersil, ianya akan dapat menetapkan kemampanan ekonomi untuk masa depan dan untuk ekonomi Negara kita juga.”
Inisiatif transformasi ini akan juga merangkumi tumpuan kepada pengembangan modal insan dan perniagaan dengan meneroka dan menjana peluang-peluang perniagaan baru, di samping kepakaran teknikal antarabangsa yang sedia ada yang akan menghasilkan peralihan yang lancar dan memudahkan proses-proses operasi bagi Print Plus. Untuk menampung keperluan tenaga kerja pada masa ini dan untuk masa depan, kakitangan Print Plus akan dilengkapi dengan program-program latihan dan pengembangan, untuk memastikan penggunaan mesin dan pengeluaran produk yang lebih bermutu dan cekap, serta mengurangkan pembaziran bahan. Melalui ini, Print Plus akan dapat meningkatkan kemampuan “bersedia-untuk-masa-depan” (future-ready) bagi kakitangan, dan memberi tumpuan untuk tenaga kerja yang cekap dan berkemahiran.
Segala pertanyaan yang lebih lanjut mengenai perkhidmatan dan penawaran Print Plus boleh diarahkan kepada inquiry@printplus.com.bn.
No Comments